Sunday, May 13, 2007

Warna-warni Kehidupanku...........

Hari ni, aku memulakan hari2 seperti biasa. Bezanya, aku rasa aku rasa sedikit terhibur berbanding kalau aku duduk kat rumah jer, aku boleh jadi gila. Aku tau mak aku susah hati bila tengok aku asyik murung, tak bertegur dgn akak aku, tapi aku rasa, kalau aku ada masalah sekalipun, biar la aku tanggung sendiri. Kalau bagitau akak aku, dah tentu aku akan dibawak jumpa bomoh suruh mandi air tolak bala ker, air penaik semangat ker, aku dah tak sanggup nak mengadap benda tu sume lagi. Aku takde ar cakap benda tu salah sbb itu ada la usaha, tapi aku rasa, aku belum memerlukan benda tu semua, aku mmg dah tak mampu nak tanggung bebanan masalah, tapi yang aku perlukan adalah rawatan psikologi, bukan bomoh2 nih. Aku pun akan jalani rawatan tu tak lama lagi, tanpa pengetahuan keluarga aku. Macam yang aku cakap, aku lebih selesa jalani hidup aku tanpa campur tangan keluarga aku, segala susah senang, biar la aku je yang tanggung sendiri. Aku perlu ambil langkah berjaga2 sebelum sesuatu yg lebih buruk berlaku. Tapi aku rasa, keadaan aku dah bertambah ok, cuma aku rasa aku perlukan rawatan tu mungkin jugak sebab aku perlukan seseorang untuk mendengar dan memahami diri aku, itu aje.

No comments: