Semalam merupakan Hari Ibu sedunia. Tapi sabtu arituh aku dah bawak mak aku gi jalan2 kat Klebang, melaka, pastu gi makan2. Aku penat sbnrnya sbb kena jaga exam lagi, tapi mengenangkan yang semalam aku masih kena jaga exam, sbb tu ar aku terus gi bawak mak aku jalan2 ari sabtu tu jugak. Semalam, abg aku datang, bawak skali dgn kek. So, die pun tepon kaklong aku ajak potong kek sekali. Aku plak, tah ar, tapi aku lom sedia nak bertegur dgn akak aku, hati aku masih terluka, dgn badan yg penat ya amat, aku paksa diri aku utk tidur semata2 taknak jumpa akak aku. Bukan la aku saja2 taknak bertegur dgn die, pun bukan sbb aku ikutkan ego kat ati, aku cuma rasa aku perlu bersendirian skrg, aku nak jalani hidup aku tanpa campur tangan die. Cukup la apa yang aku dah alami, aku dah tak sanggup terima tekanan lagi. Aku tak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa akan datang, tapi yang aku tau, buat masa ni, aku lebih selesa hidup macam ni, menjalani hidup hanya dengan mak dan ayah sahaja. Mungkin jugak sebab aku terlalu kecewa, mungkin juga sbb aku terlalu marah, mungkin jugak sebab aku kesunyian, mungkin jugak sbb aku berdendam, atau mungkin jugak sbb aku rasa aku dah cukup dewasa utk tentukan arah tuju hidup aku sendiri. Aku tak harap apa2 dari dia, tapi, aku sangat2 menghargainya kalau die tak ganggu kehidupan peribadi aku, cukuplah.
Sunday, May 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment