Monday, August 27, 2007
Umairah Kesayanganku
Hari Purple Seantero
Akhirnya, dapat gak aku gambar ni setelah lama mencari. Kebetulan, ramai plak yang pakai baju purple waktu nih, tu yang kitorang decided tok amek gambar sesamer.
Yang kat kiri sekali tuh, aku panggil kak linda. Die ar yang paling kecik molek antara yang reramai staf kat department nih. Yang sebelah kak linda tu plak, kak kiah. Dia tu antara wanita melayu terakhir yang tinggi kat cosmo nih. Yang mamat tengah kemain depa lagi tangannya tuh, namanya amin anak pak noh. Die tu depakan tangan sbb masa tu die ngah test power deodorant baru die ar tuh. Tengok ar muka kak kiah n kak niza tuh, tengah tersenyum sambil menikmati aroma deodorant dari bawah lengan amin (tu bahasa paling sopan ar). Hehe. Yang no 2 dari kanan tu plak, kak niza, die tu memang, camaner amik gambar skalipun, mesti stok 'pose' sopan. Ha, die tu single lagi, so bagi kengkawan yang nak berkenalan, jangan ar segan2 let me know ok, hehe. Dan yang kiri tu skali plak, guess who? hehe..
Meja haku setelah dihapdet..


Akhirnya, berjaya jugak aku meng'upload' gmbr2 meja aku yang telah dikemaskini. Huhu. Ni la gambar meja aku selepas aku berpenat yang tak berapa nak lelah sgt mengemasnya. Hehe. Yang kat desktop aku tu, tu doa mencari cinta, saja je enteprem, baca ari2, mudah2an bertemu jodoh dgn orang yang beriman. Amin. Chewahh..
Argh, tipah tertipu..
Lawak betol arinih. Tadi aku mintak kak niza lagu 'Lelaki Ini' yang tengah meletop2 kat radio skrg nih. Dahla aku gi cakap tajuk lagu tu 'Aku Lelaki Itu', punya ar dorang sume ketawa berdekah2. Yang bengongnya, aku check lagu tu kat network places, tapi takde pun nama pc kak niza, aku bagitau ar die, pastu die cakap, "kalo camtu, kena lari kat sini", aku pun apa lagi, gi ar tmpt die, tup2 kak niza gelak cam orang yang baru je menang duit sejuta hengget, sampai terserlah spacing giginya walaupun hakikatnya aku cuma memandang dari jauh (maklum ar, aku lom smpi lg tmpt die masa tuh). Aku pun heran ar nape die gelak, pastu die cakap, maksud die 'lari' tadi tu, die suruh aku pegi kat pastu pilih , bukan datang kat meja die. Ooo..baru ar aku paham. Terok aku kena gelak ngan dorang. Hampeh tol, titap tertipu idop2 ari nih!
Penat tahap cipan!
Arini kak dila pindah tempat duduk. Tempat die selalu jadi kubu pertahanan tikus, abis sume wayar headphone termasuk ar teddy bear die kena gigit. Pasal tak bley tahan dengan attitude tikus yang jugak pembawa wabak hawar, tu yang die pindah tempat duduk. Huhu. Pastu, aku pun amek kesempatan ar kemas meja. Akhirnya, kemas gak meja aku yang sentiasa bersepah mengalahkan meja pegawai. Berpeluh sey walaupun takde ar banyak mana pun yang aku kemas. Hehe.
Yang hanginnya, pas kemas meja, aku dah siap amek gambar konon2nya nak masuk dalam blog ni, nak bagitau sume member betapa bersihnya meja aku, tup2 kabel lak problem, hampeh tol! Tapi takpe ar, yang penting, meja aku kemas dan aku dapat tray free of charge dari kak dila. Huhu..
Saturday, August 25, 2007
Arghhh...tensen!!!
Skrg ni budak ngah exam, 3 ari berturut2 sejak jumaat arituh. Aku pun kena jadi invigilator ar jaga exam. Yang aku hangin, budak2 ni bengap tahap cimpanzi, aku dah tolong bagi jawapan pun tak reti2 nak mengeja. Tak pasal2 masa aku terbazir semata2 nak kena hajor diorang mengeja, mana ar aku tak naik darah!
Lagi ar aku tengah ngantuk arinih, tak cukup tido. Mana taknya, malam tadi kak ipar aku on call, baby sitter plak gi umah sedare kawen, tak pasal2 aku yang kena jaga anak die, tu tak kisah ar, yang aku bengang, kul 4 pagi baby tu bley menangis nak susu, dah ar aku ngantok tido lewat sbb abg aku bwk baby dtg umah kul 1 pagi, pulak tu die tido berdengkur cam raksasa, aku kat dalam bilik dah tutup telinga pakai bantal pun, tembus jugak dengkur die tuh. Bila umairah dah nangis, si adam pun nangis sekali. Juling2 bijik mata aku ni bawak kete pagi tadi, ngantok punya pasal!
Subscribe to:
Posts (Atom)






