Sunday, October 18, 2009

Selamat Pengantin Baru BB!

Semalam (17 Okt) aku pergi umah member aku, dia kawen. Dah bertahun rasanya aku tak pegi umah orang kawen, tapi bb punya pasal, aku kuatkan hati pegi jugak. Kahwin jugak ko bb.

Aku tumpang hepi bila tengok dia gembira. Tapi jauh kat sudut hati aku, aku teringat kisah lama. Tu yang aku malas nak gi majlis kawen, sbb aku tau, ending dia, aku mesti akan sedih. Aku bukan nak teringat kisah lama, tapi kdg2 tu, benda ni di luar kawalan kita.

Bukannya aku desperate nak kawen, takdela tahap camtu. Cuma silap aku, terlalu menyayangi yang lama sampai tak boleh nak terima orang baru dalam hidup aku. Ramai je datang dan pergi dalam hidup aku, bukan aku tak cuba, tapi kalau aku bagi peluang pun, aku cuma tipu diri sendiri je sbb hati aku masih pada yang lama. Bodoh kan?

Sebenarnya, aku masih contact jugak dengan ustaz tu. haha. Tapi setakat contact je la..takdela lebih2 pun. Setakat ni kalau aku bley terima pun, cuma ustaz tu je la. Tapi tu la, dia pulak tak suka aku. Agaknya la kot. Hehe.

No comments: