Wednesday, August 22, 2007

Kisah Ajis..

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang. Kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. Hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar dok gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Korang pernah ke alami....

Pernah tak anda rasa nak kentut sgt masa tengah lepak ngan kawanberlainan spesis/jantina, anda tahan sgt sampai terkulat muka?
Pernah tak masa anda tengah jenjalan kat depan khayalak ramai, tetiba tu seluar spender/panties cam terselit kat celah bontot, rasa cam tak selesa sgt, ikutkan hati nak aje tarik spender/panties itu?
Pernah tak masa tengah dalam jam, anda korek hidung, lepas tutengok tahi hidung itu, kemudian gentel dan jentik?
Pernah tak anda mengalami situasi di mana celah bontot amatla gatal yang amats, di depan khalayak ramai, menyebabkan terpaksalah anda menahan kegatalan itu dengan tabah?

Pernah tak anda tunggu kawan anda di suatu tempat contohnya di Hartamas,lepas tu anda jadi resah dan kesah sebab semua orang kelihatan cam memandang anda sbb anda satu-satunya makhluk yang berdiri, lalu anda pun buat-buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang, contohnya melihat-lihat jam tangan?

Pernah tak anda memandu kereta manual, lepas tu disebabkan kesilapan teknikal kereta anda terjerk macam kuda dan mati, sekali lagi di khalayak ramai contohnya di depan kedai makan, lalu anda pun membatalkan niat hendak ke kedai itu untuk menutup kemaluan yang amat?
Pernah tak di bulan puasa di waktu siang, anda berpura-pura kononnye membelikan makanan untuk kawan bukan Islam anda, dan mengadakan perbualan palsu di telefon contohnya, "haa helo Mike, aku dah belikan Big Mac kau! Kau nak air ape siot?"
Sekiranya anda pernah melakukan satu atau dua atau lebih perkara di atas, tahniah diucapkan! Kerana anda telah berjaya menjadi manusia normal!"

Wednesday, July 25, 2007

Jika kita lahir tahun 80-an...

Kita membesar dgn menonton G-Force,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunksn Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...Hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan? Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...
Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah? Ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. Nak galakkan budak-budak time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...
Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan China tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
Internet? E-mail? Menda alah ape tu? CD? Ape tu? Kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.tak dilupakan, 'Ti Kam'.
Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,Happy Family laa dlm class.
Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan MakananTambahan (RMT) mesti kluar awal.
Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban,penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...
Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.
Hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa. Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...'dan lagu 'Uptown Girl' yang diorgtau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...hmm...
Jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum.
2. Kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin.
3. Korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je.
4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone.
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari.
6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
He he he...

Tuesday, July 3, 2007

Sakitnya hati!!

Hari ni, aku bengang betol! Mana taknya, mlm tadi aku sms anak buah aku mintak tolong dia pegi maybank bayarkan bil astro aku, tup2 pagi ni anak buah aku reply cakap akak aku dah bising2 sebab aku mintak tolong. Bukannya aku saja2 mintak tolong, sbb last day bayar bil tu arinih, dan arini plak aku keje pagi, kalo tak aku bayar sendiri je selama nih! Geram betol aku, berkira nak mampos! padahal yang tengok astro kat umah aku tu anak2 die jugak!! Sakit betol ati aku ni!!!!!!

Wednesday, June 27, 2007

Lalalala..

Sabtu ni kitorang ada training kat kl. Seronoknya! Cuma yang tak seronoknya, masa tu, gaji lom kuar, hampeh betol! Kalau gaji dah kuar, maunya bercabang tanduk aku kuar, cam tanduk rusa tuh. Leh gi soping! hehe..Tapi takper ar, at least, leh dapat contact baru, hehe...petang2 camni, ngantok ar plak. Keje berlambak2 sbnrnya, tapi tu ar, berat betol mata ni nak buat. Maklum ar, waktu 4ptg ke atas, otak aku ni mmg dah tak berapa effective dah. hehe..Ni pon dah seratos lapan belas kali aku menguap, padahal baru minum nescafe. adoi, bila nak balik nih..

Wokey bos!

Baru2 ni ada kawan aku yang baca blog aku nih, nasihatkan aku supaya appreciate mak aku. Aku ni bukannya apa, apa yang aku tulis kat blog tu hanyalah luahan rasa hati aku, tu je. Tp yang kwn aku tu plak, emosional kemain, cara nasihat aku macam la aku ni anak derhaka. Bosan betul, aku tak mintak nasihat pun, aku tulis blog cuma nak luahkan apa yang aku rasa, mcm mana kehidupan aku, bukannya aku nak mintak khidmat nasihat. Bukan salah die pun kalau nak nasihat aku, cuma mungkin aku je yang keras ati tak nak terima nasihat die kot. Tapi tah ar, aku bukan ar tak bley terima, tapi daripada cara nasihat macam la aku ni teruk sgt, padahal aku yang jaga mak aku selama ni. Ah, buat sakit ati je kalo pikir pon..apa yang bley aku cakap, iyakan je la sume pendapat orang lain. Wokey bos!

Sibuk giler..

Lama giler aku tak tulis blog, sibuk sgt konon2nya. Maklum ar, semester pendek kan, jadual pun pack. Baru2 ni aku jumpa kawan lelaki aku kat melaka, dah lama tak jumpa die. Dah byk kali aku nak jumpa die, tapi ada je halangan, at last, jumpa jugak kitorang kat melaka. Tapi jumpa tu bersebab ar kot..mungkin ar..tapi aku pun tak pasti. Sekarang ni handphone aku pun dah tukar handphone biasa dah, tuan punya dah amik balik, maklum la, dah putus kan. So, dah tak bley nak amik2 gambar dah. Dia kata die ambik sbb senang leh berlagak kat kawan2 die yg die ada 2 henpon kamera, walaupun aku rasa tu alasan agak bodoh. Aku lebih senang kalau die berterus terang die ambik henpon tu balik sbb taknak rugi sbb kitorang dah putus, tu kan ke agak mudah. tapi takpe ar, henpon tu mmg die punya pon, so, life must back to basic. hehe. aku sebenarnya dah bosan idup asyik menjeruk rasa je ni, aku tau die pun baca blog aku nih, jadi lepas die baca blog aku nih, aku nak die tau, die boleh pergi dari hidup aku anytime die nak..aku dah bosan hidup macam ni..so, lepas ni, selain ada motor besar n join bladers club, bleh ar plak die join perdana club, maklum lar, die nak beli kete perdana katanya dalam bulan depan..aku doakan die supaya berbahagia selalu dan jangan cari aku lagi..sbnrnya, lepas kitorang jumpa arituh aku ingat semuanya dah ok sbb die yang mula pegang tgn aku, tapi rupanya tu sume berlakon je, nak jaga ati aku kot..opps..sebelum aku terlupa, for the last time utk hubungan kami, arini genap usia 'percintaan tak jadi' kami 3 tahun 6 bulan, so, for my lovely sweetheart, pls..go from my life and start your new life without me..salam..