Friday, April 27, 2007

Tensionnyer arinih..

Aku kan, dah beberapa ari tak tegur dgn akak aku. Aku marah sangat kat die. Pendek kata, aku tak hingin tengok muka dia lagi. Maunya tak marah, aku punya la dah bersabar dengan dia selama nih, dengan mulut jahat die lagi yang tak penah tau nak jaga hati aku, tup2, bila aku apis nak mintak masuk merisik, dia boleh cakap apis dah bomohkan aku. Malu sgt2 aku dengan apis. Kadang2 aku tak paham apa yang die nak, setahu aku, die yang suka berbomoh2 nih. Aku marah bukan sbb apa, sebab dia percaya sgt cakap bomoh 100%, apa salahnya kalau dia bagi peluang kat apis, cuba kenali budak tu, kemudian gunakan akal fikiran nilai sikap budak tu. Macam la bomoh ataupun ustaz2 tu tak penah buat silap kan, dorang pun manusia biasa jugak. Aku memang malu sgt2 kat apis, nak kawen pun susah, dah ar tak bley kawin, kena hina pulak tu, pelajaran tak setaraf lar, anak mak lar, skrg ni plak gunakan bomoh lar, aku kenal apis 7 tahun, mmg la takde manusia yang perfect, tapi aku yakin, die bukan jenis main kotor gunakan bomoh ni, aku kenal dia, walaupun kita tak boleh menilai ati manusia dengan hanya tempoh lama kenal, tapi aku yakin, die tak seteruk yang disangka. TAPI, kalau dia betul2 buat macam yang akak aku cakap, aku tak akan sekali2 maafkan dia! Macam tu jugak kalau akak aku yang bohong, bukan setakat akak aku, dengan tok bomoh tu skali tak akan aku ampunkan dosa dorang!

No comments: