Sunday, October 25, 2009

Penatnya jadi diri 'aku'..

Besok nazir dari jabatan nak datang sekolah. Penat la. Aku tak tau nak mengadu kat sapa. Aku cuma ckp dgn bantal oren aku ni jela. Yela, sume benda aku nak buat. Asyik kena jadi bidan terjun jerk, lemas hidup aku, nak bernafas pun tak blh! Guru Besar pulak terlalu memandang aku ni tahu sume perkara. Aku takdela pandai pun, tapi bila dah diberi tugasan, aku terpaksa la belajar. Tu yang bila aku blh buat, guru besar ingat aku tau sume benda. Adoyai, aku ni cuma guru yang berbadan besar, bukan guru besar, byk bezanya tuh!

Happy Birthday to 'him'!

Happy Birthday! That is what I do every year for the person I love the most! Tapi tu semua tinggal kenangan. Malam tadi, aku tengok facebook dia, dia sangat gembira dengan teman baru dia. Congrats! Walaupun aku takdelah gembira dengan berita tu, tapi aku tetap doakan yang terbaik buat dia. Untuk aku, hidup tetap akan diteruskan walaupun hati di dalam, tuhan je yang tahu. Cantik orangnya, malah nampak perwatakan lembut, berbanding aku yang kasar ni. Haha. Takpela, apa nak buat, jodoh dah tak ada kan. Masih ada byk benda yang perlu difikirkan selain cinta. Bosan dah aku dengan benda2 ni semua. Apa ada pada cinta? Just suffer!

Sunday, October 18, 2009

Selamat Pengantin Baru BB!

Semalam (17 Okt) aku pergi umah member aku, dia kawen. Dah bertahun rasanya aku tak pegi umah orang kawen, tapi bb punya pasal, aku kuatkan hati pegi jugak. Kahwin jugak ko bb.

Aku tumpang hepi bila tengok dia gembira. Tapi jauh kat sudut hati aku, aku teringat kisah lama. Tu yang aku malas nak gi majlis kawen, sbb aku tau, ending dia, aku mesti akan sedih. Aku bukan nak teringat kisah lama, tapi kdg2 tu, benda ni di luar kawalan kita.

Bukannya aku desperate nak kawen, takdela tahap camtu. Cuma silap aku, terlalu menyayangi yang lama sampai tak boleh nak terima orang baru dalam hidup aku. Ramai je datang dan pergi dalam hidup aku, bukan aku tak cuba, tapi kalau aku bagi peluang pun, aku cuma tipu diri sendiri je sbb hati aku masih pada yang lama. Bodoh kan?

Sebenarnya, aku masih contact jugak dengan ustaz tu. haha. Tapi setakat contact je la..takdela lebih2 pun. Setakat ni kalau aku bley terima pun, cuma ustaz tu je la. Tapi tu la, dia pulak tak suka aku. Agaknya la kot. Hehe.

Buat Rakan-rakan Tersayang!

Hai..salam sumer..dah lama aku dah update blog kan..dekat 2tahun. Si bik jora pun dah bising da..
hehe..maklum la..aku ni kan ke sibuk 24 jam..
Ok la..untuk pengetahuan kawan2 suma, sekarang ni aku dah mula mengajar di salah sebuah sekolah di JB. Kehidupan seperti biasa, byk jugak benda menarik, tapi byk juga benda tak brape nak menarik kat sini.
Cikgu2 kat sekolah pun sume baik2..dan yang paling best, ramai yang nak carikkan aku jodoh! haha..kelakar betol! takkan la aku ndak kan. Hish, i don't want to drop my water face!
Kehidupan aku, walaupun tak 'seceria' masa aku bercinta dulu, tapi sekurang2nya lebih baik berbanding waktu aku ' menderita' dulu. Aku dah mula belajar hakikat kalau takde jodoh.
Ramai yang tak tahu sebenarnya, kat sini aku kenal ramai lelaki. Malangnya, suma untuk money purposes. Ada sorang tu, bila tahu aku cikgu, mula nak pinjam duit. Ada yang sorang lagi pulak, nak request pinjam credit card aku nak tukar rim kete dia. Yang paling hina, ada yang siap ajak aku kawen, tapi mintak aku apply loan untuk tanggung kos hantaran dan belanja rumah lelaki dan perempuan! What?? No way man! i'm really firm about money! aku takkan kuarkan satu sen pun duit aku untuk insan bernama lelaki, lebih2 lagi bila aku dapat detect yang dia nak kikis duit aku, no way! So aku pun melarikan diri dari mereka2 sumer..tu je la citer aku.
Citer aku dengan 'dia'? haha..dia sendiri request kat aku yang dia taknak aku contact dia lagi. So, what else can i say? Aku terima je la.
Macam ni je la kehidupan aku. Takde apa2 yang menarik pun..
Buat bik jora, aku harap ko puas ati dengan catatan aku kali ni. hehe.

Monday, September 22, 2008

kisah aku...

Dah lama aku tak contact die. The latest one, last month kot, aku sms die but surprisingly he told me that he will be engaging with someone else, arranged by his mother, dan die taknak aku contact die lagi! Mcm nak gugur jantung aku bila dapat berita tu. Tah la, apa salah aku ye? Mcm2 dah aku buat to defense this relationship, but all useless! Tuhan je tahu mcm mana aku suffer nak teruskan study kat sini dengan emosi aku yang tak stabil. Hari2 aku tanya diri aku sama ada die pun ada rasa yang sama tak? Mula2 tu aku ingat aku kuat nak hadapi semua neh, tapi tak pun. Kadang2 tu aku pujuk gak diri aku, aku cakap kat diri sendiri yang apa yang jadi kat aku ni kecik je dugaannya, ada lagi orang yang lebih suffer dari aku. Tapi sampai bila aku boleh bohong diri aku? Semalam, aku tengok friendster aku setelah berbulan2 aku tak pernah check, tiba2 tergerak hati aku nak tengok friendster die, nampak makin bahagia die skrg. Aku tumpang gembira bila tengok gambar2 die, mungkin masa dengan aku dulu, die tak sebahagia sekarang kot. Untuk aku kat sini, aku masih dan akan sendiri macam skrg ni sampai bila2 pun. Pengalaman mengajar aku untuk jadi pendiam dan mengasingkan diri, aku dah tak mcm aku yang dulu..aku tau aku dah byk berubah, bukan perubahan yang dibuat2 tapi aku berubah sebab keadaan yang paksa aku jadi mcm ni. Tahla, aku harap semoga Tuhan akan membuka hati aku untuk jadi aku yang dulu, tapi mampu ke aku?

Monday, December 31, 2007

Ku Pergi Jua..


SELAMAT TAHUN BARU 2008!


Hari ni merupakan hari terakhir aku di sini. Semalam, student2 aku buat farewell party utk aku. Tiba2 aku rasa terharu. Kalau diikutkan hati, aku nak je menangis, malangnya aku mmg tak pandai menangis depan orang, tapi aku betul2 sedih sbnrnya nak tinggalkan semua orang kat sini. Thanks utk kelab e-kesetiausahaan, my students siti hanisa n khairunnisa for your presents, i'll appreciate it so much! Tak tau la macam mana agaknya keadaan aku di tempat baru nanti, entah dgn siapa la aku nak berkongsi masalah agaknya.


To my colleagues, thanks for your support.


Congratulations untuk Kak Kiah yang dah pun ke UPSI untuk DPLI, i'll miss you forever.


Congratulations also to Kak Dila yang dapat jadi lecturer kat UiTM Pahang, saya dah buat yang trbaik sebelum meninggalkan cosmo.


Untuk Kak Niza, thanks sbb selalu wat lawak slumber, thanks jugak sbb dah beberapa kali bagi saya tumpang tido kat umah akak, halalkan makan minum saya ye, jgn lupa kemsalam kat mak unggal, ada masa, saya datang lawat dia.


Untuk Kak Zarul, thanks sgt2 sbb pernah tumpangkan saya tido kat umah akak masa Annual Dinner arituh, nak mintak halal makan minum jugak.


Untuk Kak Zai, thanks a lot for your understanding, byk dengar masalah saya, selalu jadi penasihat untk saya, pun selalu jadi geng ngumpat dan lain2.


Untuk Kak Olyn, kemsalam kat Caca walaupun die tak suka kat auntie Nani. Hehe.

Untuk Kak Linda, thanks sbb selalu tolong saya kalau PC ada problem.


Untuk Kak Ana, saya doakan moga2 akak dapat jadi Cikgu mcm yang akak harapkan. Thanks jugak sebab selalu bawak saya kuar dengan Honda City akak tu selain bawak saya jenjalan tempat mahal cam butik dll.


Untuk Bik Jora, aku doakan semoga ko makin cerah dan berseri untuk tahun baru ni, dan moga2 si Lela dapat jadi pengganti aku untuk ko buli ari2.


Untuk Bakyah, aku doakan semoga semester akan datang ni, ko takkan buat student menangis lagi.


Untuk Amin, aku tau ko akan merindui aku lepas ni sbb ko takkan ada kawan untuk ko buli lagi. Tapi takpe, memandangkan aku ni seorang yang baik ati, aku tetap akan kenang saat2 kelaseran mulut ko mem'fire' aku masa aku kat sana nanti.


Untuk Zaki, aku doakan moga2 'skandal' ko dengan Amin akan berakhir dengan hadirnya tahun 2008. Dan aku doakan moga2 tunang ko memahami yang ko ni takdela sekaya kak Ana sampai nak request hantaran RM10,000. Hehe.


Untuk Lela, maafkan aku sebab terpaksa meninggalkan ko terkontang-kanting untuk handle e-secretary. Aku yakin ko boleh buat yang terbaik!


Untuk kawan2ku, aku akan merindui saat2 suka duka kita bersama walaupun aku dah tak ada lagi kat sini. Kenangan bersamamu akan tetap aku kenang hingga ke akhir hayat. Doakan kejayaan saya!

Selamat Tahun 2008!










Selamat Tahun Baru 2008!

Kalau orang lain menyambut tahun baru dengan kegembiraan, tapi tak sape pun tahu malam tadi aku sambut tahun baru dengan tangisan. Akhir-akhir ni, terlalu banyak kenangan aku dan die hadir dalam fikiran aku, dan siapalah aku nak tahan air mata ni dari keluar. Ada jugak kawan2 yang tegur knp mata aku bengkak, tapi aku pekakkan aje. Aku tak pandai nak berkongsi rahsia, mungkin tu kelemahan aku. Bukan aku tak nak terima kenyataan yang die dah pergi dari hidup aku, tapi..semakin jauh aku cuba melupakan dia, semakin kuat rasa rindu tu datang.
Aku berdoa moga2 tahun 2008 ni ada sinar untuk aku. Tak lama lagi aku akan ke penang utk mengikuti KPLI, alhamdulillah, ada rezeki aku di situ. Akhirnya penat lelah dan usaha aku untuk mendapatkan KPLI termakbul jugak. Tapi aku takut sebenarnya. Mana taknya, dengan masalah kewangan lagi, tu mmg tak dapat nak elak la, maklum la, aku bukannya ada suami nak jadi tempat mengadu, tapi takpe la, bukan senang nak senang ye tak. Hidup tanpa cabaran, apalah maknanya. Itulah ayat perangsang untuk diri aku tiap kali aku rasa tertekan, mudah2an aku dapat jadi seorang yang penyabar.
To all my students, please try your best k! I'll be missing all of you. Thanks for the farewell party, and i never know that u all loves me so much!
Kepada kawan2, doakan semoga saya berjaya menjadi seorang guru yang baik!










Hari ni merupakan hari terakhir aku kat sini. Semalam student aku buat majlis perpisahan utk aku, aku rasa terharu sangat. Aku nak nangis, tapi apakan daya, aku tak pandai nangis depan orang. Aku hanya mampu gelak je, itulah aku, biar berat mana pun masalah aku, tetap aku simpan utk aku tanggung sendiri.