Monday, August 27, 2007

My Belebed Prenzzzz




























Ni kengkawan aku kat opis. Tadi kan, aku bersemangat betul nak tulis blog, tapi tah kenapa tiba2 aku ngantok sesangat, tahap cimpanzi. Takpe, pasni, aku edit blog ni n masukkan kata2 madah yang baru. Hehe.




Umairah Kesayanganku



Ni la gambar Umairah masa aku kena jaga die arituh. Comel tak? Ni gambar masa die ngah lena ar, tapi malam tu, bila die dah start nangis, tak cukup tangan aku nak pujuk. Comel betul die. Mata galak kemain. Hehe. Ni ar Umairah kesayanganku.

Hari Purple Seantero

Akhirnya, dapat gak aku gambar ni setelah lama mencari. Kebetulan, ramai plak yang pakai baju purple waktu nih, tu yang kitorang decided tok amek gambar sesamer.
Yang kat kiri sekali tuh, aku panggil kak linda. Die ar yang paling kecik molek antara yang reramai staf kat department nih. Yang sebelah kak linda tu plak, kak kiah. Dia tu antara wanita melayu terakhir yang tinggi kat cosmo nih. Yang mamat tengah kemain depa lagi tangannya tuh, namanya amin anak pak noh. Die tu depakan tangan sbb masa tu die ngah test power deodorant baru die ar tuh. Tengok ar muka kak kiah n kak niza tuh, tengah tersenyum sambil menikmati aroma deodorant dari bawah lengan amin (tu bahasa paling sopan ar). Hehe. Yang no 2 dari kanan tu plak, kak niza, die tu memang, camaner amik gambar skalipun, mesti stok 'pose' sopan. Ha, die tu single lagi, so bagi kengkawan yang nak berkenalan, jangan ar segan2 let me know ok, hehe. Dan yang kiri tu skali plak, guess who? hehe..

Meja haku setelah dihapdet..





Akhirnya, berjaya jugak aku meng'upload' gmbr2 meja aku yang telah dikemaskini. Huhu. Ni la gambar meja aku selepas aku berpenat yang tak berapa nak lelah sgt mengemasnya. Hehe. Yang kat desktop aku tu, tu doa mencari cinta, saja je enteprem, baca ari2, mudah2an bertemu jodoh dgn orang yang beriman. Amin. Chewahh..

Argh, tipah tertipu..

Lawak betol arinih. Tadi aku mintak kak niza lagu 'Lelaki Ini' yang tengah meletop2 kat radio skrg nih. Dahla aku gi cakap tajuk lagu tu 'Aku Lelaki Itu', punya ar dorang sume ketawa berdekah2. Yang bengongnya, aku check lagu tu kat network places, tapi takde pun nama pc kak niza, aku bagitau ar die, pastu die cakap, "kalo camtu, kena lari kat sini", aku pun apa lagi, gi ar tmpt die, tup2 kak niza gelak cam orang yang baru je menang duit sejuta hengget, sampai terserlah spacing giginya walaupun hakikatnya aku cuma memandang dari jauh (maklum ar, aku lom smpi lg tmpt die masa tuh). Aku pun heran ar nape die gelak, pastu die cakap, maksud die 'lari' tadi tu, die suruh aku pegi kat pastu pilih , bukan datang kat meja die. Ooo..baru ar aku paham. Terok aku kena gelak ngan dorang. Hampeh tol, titap tertipu idop2 ari nih!

Penat tahap cipan!

Arini kak dila pindah tempat duduk. Tempat die selalu jadi kubu pertahanan tikus, abis sume wayar headphone termasuk ar teddy bear die kena gigit. Pasal tak bley tahan dengan attitude tikus yang jugak pembawa wabak hawar, tu yang die pindah tempat duduk. Huhu. Pastu, aku pun amek kesempatan ar kemas meja. Akhirnya, kemas gak meja aku yang sentiasa bersepah mengalahkan meja pegawai. Berpeluh sey walaupun takde ar banyak mana pun yang aku kemas. Hehe.
Yang hanginnya, pas kemas meja, aku dah siap amek gambar konon2nya nak masuk dalam blog ni, nak bagitau sume member betapa bersihnya meja aku, tup2 kabel lak problem, hampeh tol! Tapi takpe ar, yang penting, meja aku kemas dan aku dapat tray free of charge dari kak dila. Huhu..

Saturday, August 25, 2007

Arghhh...tensen!!!

Skrg ni budak ngah exam, 3 ari berturut2 sejak jumaat arituh. Aku pun kena jadi invigilator ar jaga exam. Yang aku hangin, budak2 ni bengap tahap cimpanzi, aku dah tolong bagi jawapan pun tak reti2 nak mengeja. Tak pasal2 masa aku terbazir semata2 nak kena hajor diorang mengeja, mana ar aku tak naik darah!
Lagi ar aku tengah ngantuk arinih, tak cukup tido. Mana taknya, malam tadi kak ipar aku on call, baby sitter plak gi umah sedare kawen, tak pasal2 aku yang kena jaga anak die, tu tak kisah ar, yang aku bengang, kul 4 pagi baby tu bley menangis nak susu, dah ar aku ngantok tido lewat sbb abg aku bwk baby dtg umah kul 1 pagi, pulak tu die tido berdengkur cam raksasa, aku kat dalam bilik dah tutup telinga pakai bantal pun, tembus jugak dengkur die tuh. Bila umairah dah nangis, si adam pun nangis sekali. Juling2 bijik mata aku ni bawak kete pagi tadi, ngantok punya pasal!

Friday, August 24, 2007

Teruna yang tak brape nak bujang..


Ha, kalo korang nak tau, inilah 2 ekor je kumbang tempatan yang ada kat department aku. Muka cam baik kan? Macam je, tapi hakikatnya, takde ar baik sgt pon, ada masa2 tertentu, terkeluar jugak tanduk di sebalik songkok dan bingkai cermin mata dorang tuh. Huhu.

Yang bersongkok serba itam tu, namanya Amin anak Pak Noh. Die ni lecturer Graphic kot,ntah, kalo tak silap aku ar. Muka cam ustaz je kan, tapi jgn terpedaya, die tu pakai songkok sbb arini ari Jumaat, baru balik solat ar tuh. Hehe. Masa mula2 aku masuk keje kat sini, aku ingat lagi, dia kemain sebok ngan laptop dia, pandang aku pun tak nak, berlagak siot, rasa cam nak pancitkan je tayar kete die masa tuh. Masa baru2 masuk, dia ar satu2nya manusia yang paling byk terima sumpahan aku. Kih kih kih. Aku ingatkan aku je yang rasa camtuh, rupa2nya kak kiah ngan kak dila masa baru2 masuk keje pun berbulu dgn dia. So, bukan salah aku ar kan? Tapi die tu ok sbnrnya, cuma biasa ar, stok muka berlagak, takleh nak wat hape. Satu lagi, die ni dah ada makwe ok, bagi kawan2 aku yang baca blog ni, tak payah nak sms aku mintak no tepon die, takde maknanya..

Yang berkemeja tu pulak, namanya Zaki, lecturer IT. Die ni lagi dasat, jgn cakap makwe, dah jadi tunangan orang pun. Zaki ni orang Kelantan tak silap aku, die ni ok, cuma kekadang tu je sengal2 sket, tapi overall ok..chewah.. Die ni ok, masa aku mula2 masuk dulu, baik je layan aku, tak cam si amin tadi tuh, kiranya die tak pernah terkena sumpahan aku ar. Huhu. Yang lawaknya, die nak kawen bulan 3, aku ingatkan bulan 3 thn depan, sekali dia cakap tak dapat dipastikan tahun bila, tapi yang pastinya, bulan 3. Boleh ke cenggitu? Macam2..

Disebabkan jumlah kumbang yang begitu terhad, jadi no wonder ar dorang ni jadi pujaan student2 pompuan yang empuk tak empuk lagi pemikirannya tuh. Kira ok ar tu kan. Tapi kalo takde kumbang kat sini, sunyi gak kot. Huhu..



Thursday, August 23, 2007

Aku dan Kengkawan..











Ni sume adalah member-member aku kat opis.

Yang pakai tudung n baju kaler ijau (yang sebatu dah nampak warnanya tuh), tu Academic Head, ktorang panggil die AH.

Formally, mmg AH ar, tapi sori ar, yang gambar satu lagi tu, gambar die tengah lapar, tu yang berselera sket makan gamaknya. Huhu.
Yang body mantap, cik akak pakai baju kaler biru tuh, nama die Kak Dila. Masa aku masuk keje kat sini dulu, die ar yang intebiu. Masa tu, aku ingatkan die ni bini Tn. Aji (kalo yer, bley tahan gak selera tn. aji), maklum ar, die intebiu aku kat bilik tn. aji. Aku agak takut gak masa tu sbb die ni suka besarkan bijik mata die yang takde ar besar mana pon. Yang paling menakutkan, rambut die ar, kembang semacam, cam baru kuar dari salon masa tuh, tak tahan, bila dah kenal, baru aku tau, rahsia rambut nampak bersinar cuma perlu guna pantene jer. Hehe.
Yang pakai tudung pink baju bertanah kaler itam tu pulak kak zam. Dia dah tak keje sini dah, baru last week abis contract. Die tu baik gak.
Yang pakai tudung kuning tu pulak, aku panggil die kak kiah. Mula2 tu berat ar gak nak panggil kak kiah, mana taknya, Kiah tu nama mak aku, rasa cam kurang ajar plak panggil mak sendiri guna nama je kan, tapi dah lelama, ok aje. Die ni hobinya tidur. Baru2 ni masa aku ikut die tengok presentation student, blh ke die bley tertidur kat blkg, tu yang tak tahan, padahal die yang kena bagi markah. Huhu. Maklum ar, time presentation tu, mmg waktu tido die. Hehe. Satu lagi, die ni cam aku gak, kuat makan. Cuba tengok gambar die kat atas tuh, kawan aku sorang lagi tengah dok pilih daging ayam, tapi die kemain lagi pandang dengan penuh berselera, padahal dia baru je pas makan masa tu. Hihi.
Yang serba itam tu pulak, nama die Zuraidah, jawa yer, tapi kitorang panggil die bik jora, sbb masa mula2 masuk kat sini, die sangat ar pemalu (pemalu ar sgt) smpi makan pun sorang2 je kat pantry, taknak pun campur ngan kitorang. Tapi dulu2 kitorang panggil die gothic, sbb die suka kaler itam n putih, kalau tengok kat gambar tu, tudung die kaler itam n putih. Senang je nak tau, kalo die datang opis pakai tudung kaler selain dari yang 2 warna tuh, konpem ar die pinjam tudung mak dia.
Huhu. Aku? Cuba teka mana satu aku? Hehe..

Permata Hidupku








Ni la anak-anak saudara kesayangan aku. Yang kiri sekali tu, baru 4 bulan, namanya Aisyah Umairah, panggil Umairah, yang lelaki gambar tengah tu, namanya Adam Hariez (Adam) dan yang pakai baju merah tu, namanya Siti Aisyah (Aisyah). Ni la permata hati aku buat masa nih. Aku suka sgt kat bebudak, tapi lom ada rezeki nak ada anak sendiri, takpela, anak saudara pun ok gak. Aku ingat lagi, besday Aisyah sama dengan besday kawan aku sorang tuh. Umur Aisyah pun dah masuk 4 tahun, sama usia aku berkawan dengan budak tu. Sume tu cuma tinggal kenangan jerk. Tembam kan Umairah? Tapi die jarang nangis. Umur die baru 4 bulan n dah pandai meniarap. Yang Adam pulak, suka sgt makan, debab dah budak tu. Aisyah ni pulak suka nyanyi n berposing tak berapa nak maut, cam kat dalam gambar tu ar. He he. Umo die baru nak masuk 4 thn, tapi dah masuk sekolah tadika ar. Mentang2 la nak merdeka tak lama lagi, ari2 suruh aku nyanyi lagu Merdeka, sampai aku nak tdo pun tak dapat. He he..

KISAH AKU DAN DIA

"Salam.pekaba?maaf kalo mganggu.bru je tbc blog awk.cm x brapa suka dgn statment awak.x pnh tlntas ckit pun dlm ati sy amik hp tu sbb xnk rugi mcm awk ckp.kalo xnk rugi,baik sy amik je hp smsung tu..lg satu pasal keta perdana..sy cm rncg je.x jdi pun bli apa2 keta.bnd lain awk nk hentam xpe mgkn btl sy yg slh.cma 2 bnd tu je bt sya x selesa..alangkh baik kalo blh edit yek.tp xpela dh tertulis pun.ni cuma luahan ikhlas sya..xda rasa dendam pd awk.salam."
Ni sms kawan lelaki aku tu malam tadi. Aku mcm sgt jijik bila baca perkataan 'luahan ikhlas sya'. Aku punya suka la aku nak tulis apa dalam blog ni kan. Aku takde masa nak dengar luahan ikhlas dia yang aku tak dapat rasa keikhlasannya pun. Maaf la yer. Aku tau die mmg akan baca blog ni. Jadi kepada budak lelaki tu, kalau u rasa u nak buat luahan perasaan, buat la blog sendiri yer because since this blog is mine, u cuma ada hak untuk baca nak bagi komen (tu pun kalau aku ada masa nak baca) dan u takde hak pun nak edit my blog nih. Kalau nak baca, baca je senyap2. Kalau nak comment, aku dah allow comment dalam blog ni, u tulis je comment, dan yang paling bagus adalah kalau u boleh padam my phone number from yr handphone dan jugak from your brain at all!
Sblm aku terlupa, kepada mamat tuh, aku bukan takde masa nak dgr kau punya luahan ikhlas, tapi kalau aku jadi kau, aku akan malu pada diri sendiri sbb dulu masa aku menangis depan mata kau pun, jgn cakap nak simpati, aku kena marah lagi ada la. Aku takkan lupa semua tuh! Sampai aku mati sekalipun, aku tak akan pernah lupa mcm mana kau seksa jiwa aku!
Aku tak penah benci pada dia, tapi aku terkilan. Dah macam2 yang aku buat, tapi 1 pun tak pernah dihargai. Aku dah elok2 pergi dari hidup die, KENAPA dia contact aku lagi?? Tu pun utk cakap sesuatu untuk kepentingan diri dia sendiri!
Kali ni, aku akan terus berpegang dengan prinsip aku. Kalau dah buang, aku takkan kutip, kalau dah ludah, aku takkan jilat, itu baru betul2 perpisahan. Aku tak pernah benci dia, tapi kalau biasanya orang akan bagi 3x peluang, tapi aku dah bagi die lebih dari 30x peluang, tapi takde satu pun yang dihargai. Jadi, dah masanya aku pulak pentingkan diri sendiri. Hati aku ni lembut, tapi utk orang lain..utk diri dia, hati aku dah keras, sekeras batu kerikil. Dah byk air mata aku gugur sbb dia, jadi, aku taknak air mata aku gugur lagi, sbb tu aku dah tutup pintu hati aku utk dia. Pendek kata, kalau akak aku dah izinkan aku kawen dgn die skalipun, takkan aku terima diri dia balik, TAK AKAN sekali2 aku buat mcm tu! Rasa terkilan aku ni bukan setakat itu je, pendek kata, kalau dia mati sekalipun, jgn cakap mayat, sepotong Al-fatihah pun takkan aku sudi nak sedekahkan pada dia, malah, aku tak pernah terfikir nak ampunkan apa yang dia dan akak aku dah buat pada aku! Tak akan!!

Buat insan teristimewa..

Lagu: Ada Cinta
Artis: Acha Septriasa & Irwansyah


Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat
ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…

Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

CANTIK DI MATA LELAKI

CANTIK itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki, wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula hilang kecantikan, kejelitaan, dia mudah terkalih perasaan.

Ketika itu dia mungkin merasakan cinta dan kasihnya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di kelililingnya. Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah.

Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan takkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan mahu pun berkasih-kasihan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja. Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang mengagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk menyerlahkan keserian wajah. Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.


Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Baunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih tertarik melihat rekabentuknya walaupun warnanya telah mula kelam dan berdebu, akan tetapi lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru senantiasa keluar dan kecantikan model-model baru senantiasa mengatasi. Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya.

Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak cantik asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap pilihan lelaki kini.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagian lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah. Sebaliknya, kecantikan yang selalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertelingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan.

Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua kerepot. Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang itu yang kita rasakan lansung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome.

Hiasilah diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita.
Hiasilah juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrah wanita.
Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri anda.
Hargai diri kerana andalah satu-satunya, tiada duanya dan tiada tiganya.
”HANYA ANDA adalah ANDA”

Wednesday, August 22, 2007

KENALI PERSONALITI ANDA

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati
Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. Kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya almari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang di sekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung di bawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kehadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!
Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

RAHSIA MENGENALI PASANGAN MELALUI TARIKH LAHIR

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Kisah Ajis..

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang. Kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. Hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar dok gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Korang pernah ke alami....

Pernah tak anda rasa nak kentut sgt masa tengah lepak ngan kawanberlainan spesis/jantina, anda tahan sgt sampai terkulat muka?
Pernah tak masa anda tengah jenjalan kat depan khayalak ramai, tetiba tu seluar spender/panties cam terselit kat celah bontot, rasa cam tak selesa sgt, ikutkan hati nak aje tarik spender/panties itu?
Pernah tak masa tengah dalam jam, anda korek hidung, lepas tutengok tahi hidung itu, kemudian gentel dan jentik?
Pernah tak anda mengalami situasi di mana celah bontot amatla gatal yang amats, di depan khalayak ramai, menyebabkan terpaksalah anda menahan kegatalan itu dengan tabah?

Pernah tak anda tunggu kawan anda di suatu tempat contohnya di Hartamas,lepas tu anda jadi resah dan kesah sebab semua orang kelihatan cam memandang anda sbb anda satu-satunya makhluk yang berdiri, lalu anda pun buat-buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang, contohnya melihat-lihat jam tangan?

Pernah tak anda memandu kereta manual, lepas tu disebabkan kesilapan teknikal kereta anda terjerk macam kuda dan mati, sekali lagi di khalayak ramai contohnya di depan kedai makan, lalu anda pun membatalkan niat hendak ke kedai itu untuk menutup kemaluan yang amat?
Pernah tak di bulan puasa di waktu siang, anda berpura-pura kononnye membelikan makanan untuk kawan bukan Islam anda, dan mengadakan perbualan palsu di telefon contohnya, "haa helo Mike, aku dah belikan Big Mac kau! Kau nak air ape siot?"
Sekiranya anda pernah melakukan satu atau dua atau lebih perkara di atas, tahniah diucapkan! Kerana anda telah berjaya menjadi manusia normal!"